Pulau Perhentian Family Retreat 2015

Percutian ke Pulau Perhentian ni seperti yg tajuk posting diatas dah 2 tahun berlalu. Saya pernah mencoret catatan ini sebelum ini tapi terdelete pula. So sementara masih lagi segar dalam ingatan, saya coretkan kembali pengalaman percutian itu.

Percutian ini sebenarnya telah lama dirancang namun disebabkan kekangan masa dan kewangan ia hanya dapat direalisasikan pada September 2015 sahaja. Nak bagitau kat sni, percutian ini melibatkan banyak kepala.. ada hampir 16 kepala.. so nak cari masa dan keadaan kewangan yang sesuai mmng amatlah sukar sekali.

Perjalanan kami bermula dari Skudai menaiki 3 buah kenderaan. Saya tak ingat hari apa tapi kami bertolak pada hari bekerja.  Kami sekeluarga berkumpul di stesen Petronas Ulu Tiram dan memulakan perjalanan tepat pukul 10 mlm. Perjalanan malam menuju ke Bandar Mersing memang amat mendebarkan kerana sepanjang perjalanan, kiri dan kanan bahu amatlah gelap.  Pukul 12.30 pagi, kami selamat sampai di petronas mersing.  Lebih mendebarkan kerana selepas ini kami akan meredah kawasan Endau Rompin dalam keadaan yag gelap. GULP

Inilah kali pertama saya meredah kawasan endau rompin di waktu gelap.. rasa seram dan mendebarkan..kawasan itu kami redah dgn tawakal dan berhati hati.. tiba tiba ada lampu motorsikal dari jalan bertentangan… rasa kagum juga dgn orng motor ni .. berani betul redah kawasan ni malam malam naik motosikal seorang diti pulak tu

Sampai di Kuantan tepat pukul 4.30 pagi. Seusia memenuhkan tangki minyak di petronas sebelum bnadar kuantan, kami mengisi perut di kedai mamak Rafi di Kuantan.. rupenya kebanyakan dari mereka masih tidak makan malam.. huhu.. patutlah makan berat berat semuanya.

perjalanan menuju jeti Besut kami teruskan dgn melalui LPT2 exit dari Kuantan.. rasanya kalau exit dari Cherating mungkin lagi cepat rasaya.. wallualam..

perjalanan agak lancar di LPT2 sebelum semua orang tiba tiba nak buang air.. terpaksalah berhenti jap di RR di (x ingat pulak 😅). Teruskan perjalanan .. mmng tak de kereta langsung kat highway.. nak pecut laju boleh je tapi takut ada binatang liar melintas highway … takut x sempat nak brek.

GPS saya menyuruh kami semua exit ke Kuala Berang…kami pollow je dan exit di tol kuala berang.. tapi mcm pelik pula sbb kuala terenggabu dan besut masih jauh lagi….rupenya GPS ni suruh kami ikut jalan dalam… mak aihh.. lambatlah sampai kalau gitu.. kami keluar balik dan exit di tol Kuala Terengganu..(masa tu mmng LPT2 sampai sini je…Alhamdulillah kami bersolat subuh di masjid permaisuri.

perjalanan Kami teruskan.. mak mertua dah kata x larat duduk dlm kereta lama lama.. ‘Bila nak sampai ni?’.. tanya mak mertua pada saya.. insyaAllah dalam dua jam lagi 🙂

dua jam perjalanan terasa mcm terlalu cepat. Kami sampai di kawasan jeti besut tepat pukil 7.30 pagi.

agen yg menguruskan bot dan  haley kami dinpulau perhentian iaitu En Faris sedang dlm perjalanan dan akan sampai dlam 10 minit.

Di sana, apabila anda memasuki kawasan perkampungan jeti itu, akan ada motor pengiring yg akan bertanya anda sama ada anda dah ada booking parking atau belum? Kalau anda dah uruskan parking kata sahaja anda sudah ada dan merka tudak akan mengganggu anda lagi..kalau anda senyap buat tak tau.. mungkin lebih banyak motor penguring akan mengerumuni anda .

alhamdulillah…setelah bersarapan di situ, kami dpt naik bot yg pertama ke pulau perhentian pada pukul8 pagi. Sampai di Shari La resort, kami trrus dpt check in… fuh mmng lega kalau tak mmng kena tunggu waktu check in pukul 4 prtabg huhu…

bilik dia mmng best dan rasanya amat berbaloi sekali…cuma yang x best nya adalah kami pergi waktu Jerebu melanda Malaysia.. huhu

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s