Tips lulus Shutterstock

Shutterstock merupakan agensi yang menjual stok imej kepada klient yang berminat dengan harga yang amat berpatutan.  Klient shutterstock ini terdiri daripada editor, grafik designer, syarikat iklan, korporat, jurufoto dan individu.

Stok imej ini dibekalkan oleh shutterstock kontributor yang akan mendapat komisyen untuk setiap imej yang terjual. Kontributor ini terdiri daripada jurufoto jurufoto profesional dan amatur.  Hasil komisyen agak lumayan sekiranya jumlah imej yang terjual adalah banyak. Nilai komisyen untuk setiap imej yang terjual juga akan meningkat sekiranya jumlah imej yang terjual melebihi jumlah yang tertentu.

Namun, untuk menjadi seorang kontributor tidaklah mudah. Anda perlu melepasi ujian yang telah ditetapkan. Anda perlu menghantar sebanyak 10 keping terbaik anda.  Anda akan diterima sebagai kontributor sekiranya tiga keping imej yang dihantar lulus ujian tersebut.

Bagi diri saya sendiri, saya sebenarnya telah mempunyai akaun shutterstock pada tahun Mac 2014. Saya mencuba nasib dan menghantar 10 keping yang terbaik. Namun gagal. Dari saat itu, saya rasa foto saya masih tidak ada kualiti dan semangat pun pudar.

Lebih setahun selepas itu, saya re submit semula untuk ujian atas dorongan seorang rakan. Alhamdulillah berjaya!

Setelah berkecimpung dalam dunia stok ini lebih dari setahun, saya rasa elok saya kongsikan serba sedikit tips untuk lulus ujian shutterstock. Bukan untuk tujuan bangga diri, tapi bertujuan untuk share pengalaman sahaja.

OK Tips nya adalah:

1.  Imej mestilah terang dan bersih dari comot comot sensor.

2. Noise mesti minimum, ini penting untuk henre landscape. Selalu letak ISO100 semasa merakam.

3. Mesti tajam dan dari segi compo rule basic mesti ada

4 kalau background tu putih.. biar betul betul putih

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s