Pesona Tanjung Labuh

Alhamdulillah pada tanggal 9 Oktober 2016, saya berkesempatan ke Tanjung Labuh, ditemani isteri saya, dan geng landskap dari Batu Pahat iaitu Papa Haziq dan SahrulnizamKS.

Perjalanan dari Bandar Batu Pahat ke tempat ini mengambil masa selama dalam  lingkungan 20 ke 30 minit.  Untuk ke sini, lokasi landmark yang paling hampir adalah Masjid Tanjung Labuh. Selepas masjid tanjung labuh itu, ada simpang pertama ke kanan. Teruskan perjalanan sehingga anda melalui kawasan perkampungan.  Apabila anda sampai di suatu kawasan lapang dengan jalan yang tidak berturap dikelilingi lalang yang tinggi, maka anda telah hampir dengan lokasi ini.  Sampai di sana anda perlu mendaki sedikit bukit.  Tapi saya suka nasihatkan agar datang ke sini secara berkumpulan kerana kawasan ini agak sunyi dan jauh dari kawasan awam.

Agak penat juga mendaki bukit ini tapi Alhamdulillah, segala penat lelah panjat bukit, saya dihadiahkan dengan suasana sunset yang amat cantik. Jarang saya dapat menikmati suasana sebegini.

Terima kasih kepada geng yang membawa saya ke sini. Tak lupa juga kepada isteri saya yang meneman sepanjang perjalanan memandu ke sini.

x-351

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s