Singh Ray Gold n Blue Polariser

Fungsi utama penapis ini adalah menukarkan warna reflection kepada sama ada kepada warna emas atau biru (bergantung kepada tahap polarization).  Setahu saya hanya SinghRay sahaja yang mengeluarkan penapis ini.  Namun, berpandukan pada bacaan lanjut, Cokin juga ada menjual penapis ini dengan nama Yellow n Blue Filter.  Tetapi, saya tidak dapat membuat perbandingan kerana rujukan untuk Cokin dan SinghRay ini amat kurang di internet.
Saya memesan penapis ini terus daripada pengeluar.  Asalnya saya ingin beli dari ebay dengan harga RM9++ (Second hand) tapi saya bernasib baik kerana pada masa yang sama , SinghRay juga menawarkan diskaun (harga pun lebih kurang RM9++ juga).
Mahal kan? tapi saya nak mencuba..apa salahnya.  First outing dengan penapis ini adalah di Tasik Ilmu UTM. Hasilnya memang menakjubkan..tetapi awas kerana penggunaan filter secara extreme akan menyebabkan warna yang dihasilkan nampak tidak neutral.
Outing kedua saya bersama dengan penapis ini adalah di Teluk Cempedak.  Imej imej dibawah adalah menggunakan gabungan LEE GND dan SinghRay ini.  Ohh..terlupa nak beritahu bahawa filter ini tidak mempunyai filter thread di bahagian luar. Maka untuk stack filter holder dihadapan SinghRay ini memang tidak boleh.  Untuk LEE GND, saya terpaksa pegang filter LEE dengan tangan. So kalau nak buat long exposure beminit minit memang tak dapat lah kot melainkan anda mempunyai tangan yang steady untuk hold the nd1000 filter tu
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s